Monday, September 14, 2009

Seronoknya Beraya Di Kampung

Musim raya datang lagi. Alangkah seronoknya anak-anak. Ibu bapa pun tak kesah apa yang anak-anak buat, maklumlah minggu terakhir ramadhan.


Mercun; budaya entah dari mana sudah jadi darah daging. Bila malam menjelma, meletup bagai nak rak. Nak solat terawih pun jadi tak kusyuk. Mak bapa pulak tu yang beli. Mercun yang kecil-kecil, mak belikan di pasar ramadhan. Yang besar-besar, bapak belikan dari 'polis' (bad cops atau agen penyeludup) yang jual 'mercun rampasan'. Anak pun apa lagi. Dalam seronok-seronak tu, adalah jari-jari yang putus dan ada mata yang buta. Yang susah doktor jugak yang kena jahit.


Biasalah tu. Terutama di Kelantan dan Terengganu. Kalau tak ada jari yang putus akibat main mercun, tak raya lah kita. Modus operandinya sama. Beli mercun, buka pembalutnya, ambil belerang dan sumbat dalam besi paip. Kalau meletup baru uummmp. Tahun ini Terengganu dah pecah rekod. Kalau berterusan macam ni, lama-lama boleh panggil Terengganu Darul Kudung.


Apa nak jadi ayahwang?


Ini pulak lain. Anak orang bandar (KL le tu!) bila balik kampung, jumpa basikal buruk, terus naik. Tak sempat nak periksa, pelana (seat) ada ke tidak.

Akibatnya burung kena sembelih. Kan dah susah. Nasib baik kulit saja yang terlapah. Kalau putus habis, masuk Harian Metro (akhbar sensasi). Kalau silap hari, tok nikah mu sapai ke tuo.




Mak ayah tu, tengoklah anak-anak. Doktor pun nak raya juga!



Maaf. Cuma nak lepaskan geram dengan orang kita yang tak serik-serik.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.